Wednesday, March 9, 2011

Menikahi wanita

Nasihat Rasulullah kepada Lelaki:

menikahi wanita

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا
وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
"Perempuan itu dinikahi kerana empat, kerana kecantikannya
atau kerana keturunannya, atau kerana hartanya atau kerana
agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Rasulullah S.A.W mengingatkan umatnya bahawa dalam usaha mencari pasangan, jangan hanya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Yang paling penting adalah aspek agama dan akhlak pasangan yang bakal dikahwini. Jadi beragama adalah teras kepada kejayaan bahtera kehidupan.

CANTIKNYA LELAKI HEBATNYA WANITA....

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

~Jom Tutup Aurat Dan Jaga Akhlak~

Saturday, March 5, 2011

10 makanan antikolestrol

1. Soya
Kacang soya mengandungi 48% protien, lesitin, vitamin & zat galian. Dapat menghindari penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium & mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) serta meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. Kuaci
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kadar kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari utuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. Buah kering
Limau kering paling banyak menganduingi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan kadar risiko srangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang dan delima.
4. Epal
Memakan sebiji epal atau minum jusnya setiap hati cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang makan makanan segera dan kemudian makan atau minum jusnya dapat mengimbangkan kandungan zat serta mencegah berlaku kemak dalam badan.

5. Ikan Tuna
Sumber asid lemak omega-3 yang popular selain salmon san makarel. Omega-3 secar khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. Kacang tanah
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. Mangga
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. Kismis
Mengandungi sebatian yang mampu menurukan kadar kolestrol. Diet dengan 400 kaloro kismis setiap hari dapat menurukan 8% kolestrol dalam darah.

9. Oat
Hasil daripada kajian saintifik yang dijalankan, pengambilan oat setiap pagi boleh menurukan kadar kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dapat mengurangkan risiko sakit janting sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. Jambu batu
Dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah yang mencukup bagi memastikan khasiatnya bertindak balas dalam tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama emapt minggu. Bagi mereka yang ingin menurukan berat badan tanpa melupakan diet seimbang , jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

by Majalah Jelita April 2010

Sembilan Sebab Hati Tidak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak....lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, .....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"


by Syawal Rizal

Sanggul

Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan. Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.

Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.

-Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah.

+Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!

1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.

Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…

Tapi…kenapa sanggul?

Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.

Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…

Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.

Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.

Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa. Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…

Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam. Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;

“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)

Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..

Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.