Semua manusia ingin berjaya dan cemerlang. Semua manusia ingin kepada kebaikan dan suka kepada mereka yang baik. Mereka yang baik amalannya disayangi dan dihormati. Mereka yang baik, diberi kemuliaan dan kehormatan.
Manusia yang buruk suka kepada mereka yang baik. Lelaki jahat suka kepada wanita yang baik. Wanita yang jahat suka kepada lelaki yang baik. Bapa yang tidak bertanggungjawab mahu anaknya bertanggungjawab Majikan yang malas mahu pekerja yang rajin. Guru yang tidak berdisplin mahu muridnya berdisiplin. Fitrah manusia mahukan kebaikan dan suka kepada kebaikan. Allah yang mencipta manusia suka manusia yang baik dan Allah meletakkan didalam hati manusia faham tentang apakah itu kebaikan dan apakah itu kejahatan.
Keinginan manusia kepada kebendaan membuatkan keinginan kepada kebaikan terpadam dan keinginan kepada kebendaan telah membuat mata hati manusia menjadi buta. Manusia tahu apakah itu kebaikan tetapi tidak ada keinginan dan kekuatan untuk melakukan kebaikan. Keinginan kepada kebendaan telah membuat manusia terdorong untuk membuat usaha mendapatkan kebendaan
Untuk dapat melakukan kebaikan, keinginan manusia perlu berubah dari keinginan untuk dapatkan kebendaan kepada keinginan untuk dapatkan keredhaan Allah. Diantara berusaha untuk dapatkan dunia dan berusaha untuk dapatkan Allah, manusia umumnya memilih untuk berusaha dapatkan kebendaan. Manusia mahu kebendaan kerana manusia melihat bahawa didalam benda manusia mendapat faedah dan apabila tiada benda, manusia dapat bahaya.
Manusia tidak dapat melihat bahawa Allah yang memberi faedah dan Allah yang memberi bahaya. “Tiada yang memberi faedah melainkan Allah” adalah percakapan yang betul. Manusia melihat benda memberi faedah dan tanpa benda, manusia mendapat bahaya dan manusia bercakap mengikut apa yang manusia lihat. Percakapan “Benda memberi faedah” adalah percakapan yang salah.
Bercakap berulang-ulang kali percakap yang salah maka akhirnya datanglah kepercayaan yang salah iaitu benda memberi faedah dan tanpa benda memberi bahaya dan atas keyakinan yang salah ini, lahirlah keinginan untuk mendapatkan benda. Keinginan mendapatkan benda atau cinta dunia adalah asas kepada segala keburukan.
Keinginan untuk betulkan amalan atau perangai atau gaya hidup hanya datang apabila ada keyakinan bahawa tiada memberi faedah atau bahaya melainkan Allah. Yakin ini akan datang apabila kita bercakap bukan mengikut apa yang kita lihat tetapi bercakap mengikut apa yang Allah mahu. Allah telah beri manusia kalimah yang benar atau kalimah laailahaillAllah dan kalimah ini bermaksud tiada tuhan melainkan Allah atau tiada yang berkuasa memberi faedah atau bahaya melainkan Allah. Berulang-ulang kali mendengar dan bercakap tentang maksud kalimah ini dan berdoa supaya kalimah ini masuk kedalam hati dengan izin Allah menambahkan cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah adalah asas kepada segala kebaikan.
Berulangkali bercakap dan mendengar percakapan yang baik membuatkan manusia menjadi baik. Manusia yang baik adalah manusia yang disayangi oleh Allah, nabi, malaikat dan seluruh manusia.
Disini adalah contoh pernyataan-pernyataan positif yang boleh diterapkan kepada anak-anak.
“Saya sayang Allah”,
“Saya sayang Nabi”,
“Saya taat perintah Allah”,
“Saya taat, saya menjaga solat”,
“Saya bercakap benar”.
Suruhlah anak-anak anda mengulangi pernyataan-pernyataan ini berulang-ulang kali sehingga anda boleh melihat kecintaan mereka kepada Allah meningkat sekaligus meningkatkan keinginan mereka untuk mentaati perintah Allah. Hasilnya anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk memaksa mereka untuk bersolat dan sebagainya. InsyaALLAH.
No comments:
Post a Comment