Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau,
anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.
Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa
tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke
rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan
tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain,
balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.
Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa
hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada
kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
"bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka
kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang
walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan
Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan
sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau
menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak
juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan
anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu,
bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah
tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan
baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan
dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.
Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar
kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang
telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,
jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan
dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar.
Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama
dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi
suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa."
Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar
kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.
Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita.
Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib
mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita
sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya
tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua
yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan
baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak
dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang
wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak
dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke
atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi
Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi
Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik
dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah
kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan
rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa
isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali
menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan
bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya
sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
No comments:
Post a Comment