Sunday, September 5, 2010

Mari Solat ~

Syarat & Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah :-

1. Orang Islam
2. Menghadap arah kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub
4. Akil baligh
5. Berakal
6. Melihat atau mendengar
7. Jaga ( tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang

Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah :-

1. Sudah masuk waktu sembahyang
2. Menghadap arah kiblat
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar ( berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya )
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecualai dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih dan sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring
2. NIAT, dilafazkan sewakti mengangkat takbiratil ihram
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah.. hinggalah Waladhaallin
5. RUKUN DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNINAH, berdiri betul selepas rukuk
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama
9. DUDUK BAGI TAHIYAT AKHIR
10. MEMBACA TAHIYAT AKHIR
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kaknan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan Sembahyang ialah :-

1. Batal Wuduk
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut)
3. Terbuka Aurat
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut
5. Terdapat najis di badan, pakaian atau tempat sembahyang
6. Tertawa terbahak-bahak
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja
8. Berubah Niat
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun
10. Meninggalkan rukun sembahyang

(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama)

No comments:

Post a Comment